MUSLIMMAN - KEINDAHAN KEJADIAN ALLAH

Friday, November 24, 2006

saudara...

Saudaraku
Apabila engkau mnjadi pemimpin jdlah pmmpn yg seadil-adilnya wlupun itu sngat mnykitkan bgmu.
Apabila engkau mnjadi seorang kaya raya jdkanlah hrtmu sbgai amanah dr Allah Subhana wa Ta'ala.
Apabila engkau mnjadi seorang pedagang atau pengusaha berlaku jujurlah trhdp org lain dn dirimu.
Apabila kumandang adzan tlh dikmndngkan bergegaslah utk mnymbut panggilanNya
Apabila engkau mengetahui kbnaran, mk smpiknlah kbnran itu pd sdra-sdramu yg lain.
Apabila engkau mrsa brslah atau berdosa, mk brtobatlah dngn istiqomah. Krna ampunan Allah Subhana wa Ta'ala lebih besar.
Jadikanlah hati ini menjadi bersih. Jngn sampai hati ini terkena oleh penyakit hati.

Saudaraku
Berpegang teguhlah Al-Quran dan Sunnah Rasul. Niscaya kita tidak akan tersesat di dlm menjalani idup ini

Saudarku
Ingatlah, kita skrang sedang berperang Akidah
tujuan mrk utk mendangkalkan akidah kt. Ingatlah Lakum dinukum wa liya din. Berht-htlah dlm berucap, bertngkh, berpakaian, berpikir, berusaha

Wednesday, November 08, 2006

Kehebatan 'ISTERI SOLEHAH' (Yg MengutamakanAgama - ISLAM) Mengatasi 'PARAS RUPA'ISTERI SOLEHAH MENGATASI PARAS RUPA

Sabda Rasullah s.a.w:“Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baikkenikmatan dunia ialah wanita yang solehah.” –Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha.Agama merupakan faktor terpenting dalammendapatkan kebahagiaan rumah tangga. Namun,tidak ramai di kalangan umat manusia padazaman ini yang meneliti dan mengambil faedahdaripada panduan agama dalam memilih calonisteri. Ramai di kalangan kita yang masih tidakmenyedari bahawa faktor ini berupaya memberikankebahagiaan dan keuntungan dunia dan akhirat.Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAHdan Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibubapa, menundukkan pandangan di hadapan lelakiyang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu,memahami dan mengamalkan apa yangdifahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkandiri kepada ALLAH dengan melakukan pelbagaiamalan wajib dan sunat.Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasamemastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Inikerana agama memerintahkan dia melakukandemikian. Semua itu dilakukan ikhlas keranaALLAH berserta keyakinan bahawa dia akandibalas dengan pahala di sisi TUHANnya.Dia sentiasa memelihara diri dan menutup auratdari pandangan lelaki yang bukan mahram.Percakapan yang lembut dan tepat seringkalimenjadikan dirinya disukai dan disayangi olehsesiapa sahaja yang mengenalinya. Masa yangterluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yangberfaedah dan demi kebaikan diri serta agama.Melakukan Aktiviti yang BerfaedahMenuntut ilmu amat penting untuk mempersiapkandiri dengan ilmu yang bermanfaat untuk diri danrumah tangganya. Setiap saat yang berlalu tidakdibiarkan terbuang begitu sahaja. Malah, dipenuhidengan apa sahaja aktiviti yang bolehmenambahkan ilmu pengetahuan sama adaberbentuk majlis ilmu, membaca bahan bacaanyang melibatkan isu semasa umat Islam ataukitab-kitab muktabar. Ilmu yang diterima bukansahaja untuk faedah diri sendiri. Malah, dikongsibersama ahli keluarga dan sahabat handai.Dia tidak mudah dipengaruh oleh penyakit sosialyang sedang hebat melanda wanita lain di masakini. Tidak dilalaikan oleh hiburan yang melampau.Tidak pernah terpengaruh dengan sekelilingnyayang sentiasa mengajak kepada kemungkaran.Sentiasa menjaga batas pergaulan lelaki danwanita dan berwaspada terhadap budayaberseronok-seronok yang sedang menyerangmuda-mudi masa kini.Ketika rakan sebaya sedang asyik menikmatimasa muda dengan cara berpeleseran,berpacaran, membuat janji temu dengan pasanganmasing-masing, dia sibuk dengan kerja-kerja yangberguna untuk agama. Dia banyak menghabiskanmasa dengan beribadah, mendirikan solat,menuntut ilmu pengetahuan, berbakti kepada ibubapa dan mengisi masa senggangnya denganpelbagai jenis aktiviti yang berfedah.Keinginan untuk menyintai dan dicintai yangmerupakan fitrah manusiawi tidak pernahdinafikan. Namun, kepada ALLAH jualah diameminta agar dipermudahkan jalan untukmenyintai dengan cara yang halal dan diredhaiALLAH. Jiwa remajanya yang meruntun ke arah ituditepisnya dengan iman dan takwa sertakeyakinannya terhadap ALLAH. Kecintaan kepadaALLAH dan Rasul-NYA serta kegigihan untukmenjauhi segala yang diharamkan oleh ALLAHmembantu dia menjalani zaman remaja yangpenuh cabaran dengan benteng iman dan takwa.Mana mungkin dia melayan semua bisikan syaitanke arah itu. Sedangkan dia amat jelas tentanghukumnya. Dia amat sedar akan batasanhubungan itu. Dalam al-Quran, surah al-NurALLAH memerintahkan agar wanita-wanita yangberiman menundukkan pandangan. Melalui sabdaRasulullah s.a.w pula, jelas bahawa bagindamelarang berdua-duaan antara dua kaum yangberlawanan jenis kerana syaitan akan mencelah diantara mereka, lalu mendorong ke arah maksiatyang lebih besar, iaitu zina.Mentaati Ibu BapaKedua-dua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hatisebagai memenuhi perintah ALLAH agar berbuatbaik kepada mereka dalam perkara makruf. Diatidak pernah meninggikan suara jauh sekalimenyakiti hati kedua-duanya. Ini bersesuaiandengan perintah ALLAH yang berbunyi:“Dan TUHANmu telah perintahkan supaya engkautidak menyembah melainkan pada-NYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadapibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanyaatau kedua-duanya sampai kepada umur tuadalam jagaan dan peliharaan-MU, maka janganlahengkau berkata kepada mereka (sebarangperkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" danjanganlah engkau menengking dan menyergahmereka. Tetapi ucapkanlah kepada merekaperkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendah diri kepadakedua-duanya kerana belas kasihan dan kasihsayangmu dan doakanlah (mereka, denganberkata): Wahai TUHANku, cucurilah rahmatkepada mereka berdua sebagaimana mereka telahmencurahkan kasih sayang dalam memelihara danmendidikku semasa kecil." – Surah al-Israak: 23 –24.Redha dan Syukur dengan Apa yang AdaHarta benda bukanlah matlamat utama hidupnya.Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dantidak sombong. Malah seboleh mungkinmelakukan kebajikan dengan bersedekah kepadayang kurang upaya. Sebaliknya jika dia ditakdirkanmiskin, dia juga bersyukur dan bersabar. Dirinyasentiasa sedar bahawa di luar sana masih ramaiyang diuji dengan kemiskinan yang lebih dahsyatdaripada apa yang dialaminya. Segala yangditentukan oleh ALLAH buat dirinya diterimadengan penuh redha. Yakin bahawa setiapsesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH keatasnya adalah baik untuk kehidupan dunia danagamanya.Sabda Rasulullah s.a.w:“Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin.Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernahdialami oleh sesiapa pun melainkan orangmukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan iabaik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabardan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim.Dia juga sentiasa mengikut teladan wanita-wanitapada zaman sahabat dan salafussoleh. Merekaberjaya melahir dan mendidik generasi yang bijakpandai. Antaranya, dengan mencontohi Fatimahbinti Muhammad r.a yang sabar menghadapikemiskinan, mencontohi Ummul Mukminin Aisyahbinti Abu Bakar r.a dalam kebijaksanaan dankecintaan kepada ilmu, mencontohi Ummu Sulaimbinti Milhan r.a dalam kecintaan dan kesetiaankepada suami dan kejayaan mendidik, mencontohiAsma bin Abu Bakar r.a dalam semangat yangkental dan ketabahan menghadapi pelbagai ujianhidup.Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki MukminOleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang mukminsejati melupakan kesemua ciri wanita solehah inidalam memilih pasangan lalu menilai semata-matadari sudut paras rupa yang menarik tetapi burukakhlaknya. Ini amat merugikan suami dan rumahtangga muslim yang bakal dibina.Segala ciri di atas menggambarkan betapaindahnya sifat wanita solehah. Dan alangkahbahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini.Keindahan ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun padapandangan manusia lain dia tidak memiliki parasyang cantik.Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:“(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalahuntuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yangjahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat.Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalahuntuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yangbaik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” –Surah al-Nur: 26.Walau bagaimanapun, ini bukanlahbermakna agama melarang sama sekaliseseorang itu memilih calon isteri yang cantikparas rupanya. Tiada siapa menafikan bahawaparas rupa yang menarik boleh menambahkan lagikeinginan seorang lelaki untuk menikahi seorangwanita. Ini merupakan fitrah dan diperakui olehagama.Sabda Rasulullah s.a.w:“Apabila salah seorang kamu meminang seorangwanita sekiranya dia dapat melihat wanita itu, diahendaklah melihatnya agar bertambahkeinginannya untuk berkahwin.” – Riwayat Ahmad,Abu Daud dan al-Bazzar. Disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban.Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Keranahartanya, keturunannya, kecantikannya danagamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragamanescaya kamu akan beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.Paras Rupa Bukanlah Segala-galanyaNamun, apa yang dilarang ialah sikap seoranglelaki mukmin yang mengabaikan pemilihan isteridari sudut agama kerana mengutamakan rupaparas. Sehinggakan sanggup memilih wanita yangtidak berakhlak semata-mata keranakecantikannya. Dan mengabaikan wanitamukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak.Ini bersesuaian dengan firman ALLAH yangmenyebut bahawa seorang hamba perempuanyang beriman itu lebih baik untuk dijadikanpasangan hidup berbanding wanita musyrik.Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebihmenawan hati lelaki mukmin.Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:"Sesungguhnya seorang hamba perempuan yangberiman itu lebih baik daripada perempuan kafirmusyrik sekalipun keadaannya menarik hatikamu." – Surah al-Baqarah: 221.Isteri Adalah Pemimpin di Rumah SuamiWanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu dan sedarbahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya.Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anakdiberikan didikan agama yang secukupnya. Olehitu, dia sentiasa memastikan anak-anaknyamembesar dengan sempurna dari segi rohani danjasmani. Jadi, suami yang meninggalkan anak-anaknya bersama isteri kerana mencari rezekitidak akan bimbang kerana dia sedar bahawa isterisolehah lagi beragama yang dipilihnya ituberupaya menjaga dan mendidik anaknya denganamanah sepanjang ketiadaannya di rumah.Sabda Rasulullah s.a.w:“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orangakan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya.Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanyaterhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suamiadalah pemimpin keluarganya dan akan ditanyatentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalahpemimpin di rumah suaminya dan akan ditanyatentang orang yang dipimpinnya. Setiap seorangkamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentangapa yang dipimpinnya.” – Riwayat al-Bukhari danMuslim.Paling baik ialah memilih wanita yang mempunyaikedua-dua ciri yang dinyatakan di atas, iaitu cantikdan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruahdiri dan suami, menggembirakan hati suami,membina keluarga Islam yang harmoni danmembimbing keluarga menuju ALLAH. Namun,jika seorang lelaki berada dalam keadaan di manadia perlu memilih salah satu daripada di atas, diahendaklah mengutamakan agama.Mendidik Isteri Tentang AgamaMungkin ada di kalangan muslimin yangmengatakan bahawa dia berupaya memberikandidikan agama yang secukupnya kepada bakalisterinya kelak setelah berumah tangga. Lalumemandang remeh usaha mencari wanita yangberagama sebagai calon isteri. Tetapi, tidak ramaiyang sedar bahawa bukan mudah mendidik isteritentang agama dari mula sehingga dia benar-benarfaham agama keseluruhannya. Usaha mendidikanak mungkin terbantut kerana isteri itu sendirimasih belum mendalaminya. Ini merumitkan lagitugas suami kerana terpaksa menghabiskantenaga yang banyak dalam mencari nafkah,mendidik isteri dan memastikan anak-anakmembesar dengan agama yang sempurna.Sebaliknya, isteri yang telah pun faham danmengamalkan tuntutan agama dengan baik akanmemudahkan tugas suami. Bukan sahajameringankan beban suami dengan memberikanpelbagai pandangan yang bernas untuk kebaikanrumah tangga, malah anak-anak juga membesardengan didikan agama yang sempurna. Dan suamitadi tidak perlu lagi memikirkan cara mendidikisteri kerana dia sendiri telah pun faham segalatuntutan agama lalu menerapkannya kepada anak-anak dan rumah tangga.Paras Rupa, Harta Benda dan Kedudukan TidakKekalKecantikan paras rupa, harta benda dan darjatketurunan tidak akan berkekalan. Namun,kebaikan dan akhlak yang mulia akan kekal selagihayat dikandung badan. Sehinggalah ia membawapelakunya ke syurga.Antara kelebihan wanita solehah ialah akansentiasa menghiburkan hati suami, redha danmenghargai pemberian suami serta sanggupbersama suami sama ada ketika susah mahupunsenang. Ini kerana, agama menuntut diamelakukan demikian.Sabda Rasululah s.a.w:“Tidak boleh bagi seorang manusia bersujudkepada manusia lain. Sekiranya perbuatan sujudseorang manusia kepada manusia lain ini baik,nescaya aku akan perintahkan wanita sujudkepada suaminya kerana hak suami ke atasnyaterlalu besar.” – Hadis tsabit riwayat Ahmad dan al-Bazzar.Sebuah riwayat menceritakan:“Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.wkerana hajat tertentu. Apabila selesai, Rasulullahs.a.w bertanya: Adakah kamu mempunyai suami?Dia menjawab: Ya. Sabda baginda: Bagaimanakahkamu dengan dia? Dia menjawab: Aku tidakmelalaikan haknya melainkan jika melibatkan apayang tidak mampu kulakukan. Sabda baginda:Kamu perlu lihat keadaan kamu daripadanya.Sesungguhnya dia adalah syurga dan nerakakamu.” – Riwayat Ahmad dan al-Nasaai dengansanad yang baik.Wanita solehah memahami hak suami. Diaberusaha menunaikan semua hak itu semata-matakerana mengharapkan redha ALLAH. Apa sahajamasalah rumah tangga yang dihadapinya akanditangani secara baik dan terbuka. Dia jugabersedia menerima segala sikap baik dan buruksuami. Serta memohon petunjuk ALLAH agardipermudahkan segala masalah yang dihadapinyaketika melayari hidup berumah tangga. Dia tidakakan sekali-kali membuka rahsia suami kepadaorang lain terutamanya yang melibatkan rahsia ditempat tidur mereka.Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesungguhnya seburuk-buruk kedudukanmanusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialahseorang lelaki yang mendatangi isterinya dan isteriyang mendatanginya, lalu salah seorang merekamendedahkan rahsia pasangannya.” – RiwayatMuslim.Mereka sentiasa gembira dan ikhlas menjalankantugas sebagai isteri semata-mata kerana ALLAHdan yakin terhadap sabda Rasulullah s.a.wbahawa seorang wanita yang melakukan solat limawaktu, puasa Ramadan, menjaga kemaluan danmentaati suami, dia boleh masuk syurga melaluimana-mana pintu yang disukainya. (Hadis sahihriwayat Ahmad dan al-Tobrani).Oleh itu, segala perintah agama dilaksanakansepenuh hati semata-mata kerana ALLAH.Muslimah yang baik sentiasa memahami bahawaketaatan yang diberikan kepada suami adalahsebagai melaksanakan perintah ALLAH. Setelahitu dia akan diberikan pahala yang tidak terhinggabanyaknya. Keengganannya berbuat demikianmengundang laknat dan kemurkaan ALLAH.Tidak Menolak Permintaan SuamiWanita solehah tidak akan sekali-kalimengabaikan permintaan suaminya di tempattidur. Dia sentasa berwaspada terhadap sabdaRasulullah s.a.w yang menyebut:“Demi yang jiwaku di tangan-NYA, mana-manasuami yang memanggil isteri di tempat tidur, laluisteri itu enggan memenuhinya, maka segala yangada di langit dan bumi akan murka terhadapnyasehinggalah suaminya redha kepadanya.” –Riwayat Muslim.Dia juga memahami bahawa permintaan suaminyaitu wajib dipenuhi segera dan tidak bolehditangguhkan walaupun ketika itu dia sedang sibukdi dapur atau berada di atas kenderaan.Permintaan yang ditunaikan itu dapat menjaga danmembantu suaminya menghindari segala bisikandan runtunan syahwat yang melanda fikirannya.Dan menenangkan jiwa suaminya. Dalam sebuahhadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabis.a.w bersabda:“Apabila salah seorang kamu tertawan denganseorang wanita dan hal itu berbekas dalamhatinya, dia hendaklah segera mendapatkan isteridan menggaulinya. Sesungguhnya itu akanmembuang segala perasaan yang ada dalamdirinya.” - Riwayat Muslim.Hal ini amat berbeza sekali dengan wanita yangtidak memahami tuntutan agama. Merekasewenang-wenangnya menolak permintaan suamidan menganggap perbuatan itu tidakmendatangkan sebarang dosa. Mereka sewenang-wenangnya memberi alasan penat atausebagainya. Amaran dan ancaman laknat ALLAHdan malaikat terhadap perbuatan itu langsungtidak berbekas dalam hatinya.Wanita solehah yang memahami kewajipan ituakan berusaha sebaik mungkin menjalankantanggungjawabnya. Sepenat manapun, dia akanberusaha menunaikan segala permintaan suami.Ini kerana, redha ALLAH kepadanya terletak padaredha suami terhadap dirinya.Antara Suami dan KerjayaSetinggi manapun kerjaya yang disandangnya, iatidak sama sekali menyebabkan tugasnya dirumah diabaikan. Dia sentiasa sedar bahawaketika berhadapan dengan ALLAH di akhirat kelak,dia akan ditanya sejauh mana dia melaksanakanamanahnya sebagai isteri. Bukan sebanyak manaharta yang berjaya dikumpul sepanjang berkerjaya.Kalaulah mereka sedar kelebihan yang akanmereka perolehi di akhirat kelak kerana mentaatisuami sudah tentu mereka sanggup bersusahpayah menunaikan hak suami.Sabda Rasulullah s.a.w:“Wahai para wanita, kalaulah kalian mengetahuihak suami ke atas kalian, nescaya salah seorangkalian akan sanggup menyapu debu yang adapada kedua-dua telapak kaki suami menggunakankemuliaan kulit mukanya.” – Riwayat Ibn Hibbandan al-Bazzar dengan sanad yang baik dan rijalyang tsiqaat.Alangkah malangnya wanita yang tidak sedar akanhal ini. Terutamanya setelah berkerjaya. Ramaiwanita gagal melakukan tugasnya sebagai ibu danisteri yang baik sebagaimana yang dituntut olehagama.Wanita solehah sentiasa sedar akantanggungjawabya terhadap rumah tangga. Apasahaja kerjaya yang disandang bukanlahpenghalang untuk dia melakukan yang terbaikuntuk rumah tangganya. Dia sentiasa sedarbahawa tugasnya terhadap rumah tanggamengatasi kerjayanya. Dan jika berlakupertembungan antara kedua-dua tugas di atas, diatidak teragak-agak untuk mendahulukan rumahtangganya berbanding yang lain.Menjaga Batas PergaulanIsteri solehah sentiasa memelihara auratnya ketikaberurusan dengan lelaki yang bukan mahram. Carapercakapan dan akhlak sentiasa diawasi agartidak melanggar batasan syarak. Dia tidakbercakap melainkan perkara yang baik. Jauhsekali mengumpat dan mengeji orang lain.Larangan mengumpat, menghina dan mengejekorang lain yang dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan sunnah sentiasa terpahat dalamhatinya.Isteri solehah membimbing dan menasihati suamidalam melakukan apa yang terbaik untuk agamadan rumah tangga. Juga memberikan pandanganyang bernas terhadap dakwah dan kerjaya suami.Wanita pertama yang menjadi contoh terbaikdalam hal ini ialah Khadijah binti Khuwailid, isteripertama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan orangpertama yang beriman, membenarkan,menyokong, berkoran jiwa dan raga serta sentiasabersama baginda di saat-saat sukar bagindadalam menyampaikan dakwah.Segala kebaikan, sokongan dan pengorbananbeliau ini mendapat pengiktirafan dan penghargaandaripada ALLAH S.W.T. Sehinggakan ALLAH danJibril berkirim salam kepada beliau danmenjanjikan sebuah mahligai untuknya di syurgakelak. Hal itu adalah penghargaan ALLAHterhadap segala kebaikan, layanan danpengorbanannya buat suami tercinta.Abu Hurairah menceritakan ketika saat wahyumula-mula turun di mana baginda selalubertahannuts di Gua Hirak:“Jibril mendatangi Nabi s.a.w lalu berkata: WahaiRasulullah, ini Khadijah telah mendatangimu.Bersamanya ada bekas yang berisi lauk, makananatau minuman. Apabila dia mendatangi kamu,maka sampaikanlah kepadanya salam TUHANnyadan daripadaku dan berilah khabar gembirakepadanya tentang sebuah mahligai di dalamsyurga yang dibina daripada emas. Tidak adakesusahan dan keletihan di dalamnya.” – Riwayatal-Bukhari dan Muslim.Sentiasa Bersih dan KemasWanita solehah telah dididik oleh keluarga yangberagama. Dia cintakan ilmu pengetahuan dansentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaranhidup. Dia akan sentiasa menguruskan rumahtangga mengikut apa yang dipelajari dan dididikkepadanya sejak kecil. Menjaga akidah, amalibadah, solat, puasa dan memastikan seluruhanggota keluarganya mentaati perintah agama. Diajuga sentiasa berhias untuk suaminya danmemastikan dirinya sentiasa kemas, bersih danharum ketika berada di hadapan suami.Sabda Rasulullah s.a.w:“Antara punca kebahagiaan anak Adam ialahmemiliki isteri yang solehah, tempat tinggal yangselesa dan kenderaan yang baik. Antara puncakecelakaan anak Adam ialah isteri yang jahat,rumah yang tidak selesa dan kenderaan yangtidak elok.” – Riwayat Ahmad melalui para perawiyang sahih.Wanita solehah hanya berhias danmempamirkan kecantikannya hanya untuksuaminya. Dia tidak mempamerkan di hadapansuami melainkan apa yang cantik dan wangi.Dalam sebuah riwayat diceritakan:“Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baikwanita. Baginda menjawab: Yang menyukakankamu apabila memandangnya. Apabila disuruh,dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik danmenjaga harta kamu.” – Riwayat Ahmad danselainnya dan dihasankan oleh al-Albani.Malang sekali ramai di kalangan wanitamemandang remeh perkara ini. Mereka salahfaham lalu mempamerkan diri di hadapan suamidalam keadaan kusut masai, berbau, pakaiancompang-camping dan sebagainya. Lebih buruklagi ada yang hanya berkemban sepanjang beradadi rumah.Sebaliknya apabila hendak keluar rumah, merekaberhias secantik mungkin untuk dipamirkankepada lelaki yang tidak berhak melihatnya. Inibukan sahaja tidak wajar, malah mengundangdosa besar dan musibah terhadap keharmonianrumah tangga muslim.KesimpulanSebagai kesimpulan, dalam memilih calon isteri,faktor agama perlulah dijadikan matlamat utama.Jika itu yang dicari, sudah pasti suami akanmendapat segala kebahagiaan dan ketengan didunia ini sebelum menuju kepada kebahagianyang kekal abadi di akhirat kelak.Seorang suami memerlukan pembantu yangsolehah lagi bijaksana dalam melayari kehidupanberumah tangga. Dengan ini tugas suami dalammemberikan pendidikan yang sempurna kepadaanak-anaknya menjadi lebih mudah. Dan bahterarumah tangganya dapat belayar dan berlabuhdengan aturan yang betul dan diredhai ALLAHS.W.T.