TASAWWUF DAN UMMAH
Perkembangan kemajuan kebendaan dan fahaman materialistik melanda ummat Islam kini menyumbang pelbagai kekeliruan berkenaan persepsi dan plan pembangunan bangsa yang ingin di usahakan. Hakikat bahawa Islam tidak pernah mengabaikan keduniaan kadang2 di jadikan hujjah mutlak untuk mempromosi dan mengejar aspek tersebut oleh sesetengah golongan kerana kepentingan tertentu.
Kesannya tanpa di sedari, aspek akhirat dan pembangunan keruhaniaan seakan di kesampingkan, meskipun tidak di nafikan. Ia dilihat hanya sebagai pengubat kepada penyakit hati, yang hanya di perlukan pada masa2 tertentu sahaja. Peranan positifnya dalam pembinaan pembangunan manusia amnya dijahili dan diremehkan.
Oleh itu, ilmu tasawwuf membawa satu penjelasan ilmiah yang bersifat ruhiyyah yang sentiasa dan sememangnya ‘bersama’ dalam menyumbang kea rah pembangunan insane secara bersepadu, mampu memperbetulkan persepsi keliru kesan dari arus kebendaan di atas tadi. Aspek sejarah perkembangan dan sumbangan tasawwuf serta tareqat dalam dalam masyarakat Muslim, isu bagaimana para sufi memain peranan dalam penjanaan pembangunan intelektual, potensi positif tasawwuf dan tareqat dalam membina individu dan ummah serta muhasabah untuk kaum sufi yang terkeliru dalam riadhah nafsiah mereka adalah aspek2 yang sentiasa bersambutan dari mulut ke mulut oleh masyarakat Islam zaman sekarang.
Dalam meleraikan pelbagai persoalan yang timbul sejak akhir2 ini dan begitu juga tohmahan2 yang tidak berasas oleh pelbagai pihak tentang tasawwuf dan tareqat, sama2lah kita berdoa kepada-Nya Rabbul ‘Izzati agar semuanya akan di bersih kembali dan satu ummah yang tertegak dengan dasar al-Quran dan amalan as-Sunnah serta kesedaran rabbaniyyah dalam diri setiap muslim akan dapat di wujudkan. InsyaAllah. La haula wala quwwata illa billah….
0 Comments:
Post a Comment
<< Home