MUSLIMMAN - KEINDAHAN KEJADIAN ALLAH

Tuesday, October 31, 2006

KEINDAHAN HATI

segalanya bermula dengan kata2... berakhir dengan kata2...
maka bermulalah kemugkinan yang tiba...
wahhh2.. bercoret pulak.. sebanarnya inilah permulaan aku menjejak kaki ke blog spot ni.. susah juga nak buat kena adjust mcm2. ada tak sahabat yang boleh membantu....

wanita

Wanita bisa menjadi madu, kemanisannya
menjadi pemangkin pada kebangkitan
Islamiah. Inilah yang diharapkan dari
insan yang bergelar muslimah solehah.
Dan wanita juga mampu untuk menjadi
racun, bisanya terus memudaratkan
seraya
menghancurkan agama yang dicintai.
Nauzubillahi min zalik !

Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi
dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu
dengan titis haruman iman, maka
terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia
semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih
mahmudah, menjadikan dirimu disenangi
segala makhluq dan juga Al-Khaliq.
Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu
yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan
dalam berbahtera melayar kehidupan
duniawi, destinasinya menuju ke akhirat
sana...

Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak
mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air
mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang
baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala
kekurangan pula lahir dari diriku
sendiri, natijah dari kealpaan dalam
menghadap diri-Nya Yang Maha Esa.

kesyukuran

berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa


Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yang setia...

wasiat

Message: Daripada Sheikh Ahmad -
Madinah, Saudi Arabia,

Pada suatu malam ketika hamba
membaca Al-
Quran di makam Rasullullah s.a.w.
selepas
hamba membaca lalu tertidur. dalam
tidur,
hamba bermimpi Rasullullah s.a.w.
mendatangi
hamba lalu bersabda:- "dalam 60,000
orang yang
meninggal dunia di zaman ini, tak
seorang pun
matinya dalam keadaan yang beriman.
1. Isteri tiada mendengar kata-kata
suami,
2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa
kepada
orang miskin.
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak
lagi
berbuat kebajikan.

Sampaikan kepada orang-orang Islam
ini, supaya
membuat kebajikan kerana hari
penghabisan akan
tiba di mana:-
1. semua bintang akan terbit dari langit,
sesudah
itu pintu langit akan tertutup.
2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
3.Matahari akan turun di atas kepala.

Pesan Hamba :-
1. berselawatlah untuk junjungan kita
Nabi
Muhammad s.a.w.
2. bertaubatlah dengan segera
sementara pintu
taubat masih terbuka.
3. janganlah derhaka kepada ibu- bapa