Wednesday, February 10, 2010
Tuesday, January 19, 2010
SPORTWEARS and SILK BATIK
Assalamualaikum….
Special sale untuk semua peminat sukan……
Kini anda boleh dapatkan pakaian sukan Track Bottom (Dewasa) yang berjenama dengan harga yg jauh lebih murah dari pasaran. Ianya adalah original dan lebih murah kerana diambil terus dari kilang luar negara. Jadi, kenapa bayar lebih untuk barangan yang sama kualitinya....Berikut adalah sebahagian dari pakaian yang ada, dan banyak lagi untuk keluaran akan datang.....
.
(a) Saiz L - Harga ditawarkan RM 70 : Harga dalam pasaran RM 138.00
(b) saiz M – Harga ditawarkan RM 70 : Harga dalam pasaran RM 138.00
(c) saiz XL- Harga ditawarkan : RM 70 . Harga dalam pasaran RM 138.00
Pelbagai lagi koleksi menarik akan datang,
- seluar di bawah lutut pelbagai warna dan saiz
Untuk tempahan atau sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus menghubungi saya,call/sms: NOR 012-7365807....(sekitar UMP)
Nota: Kami juga sedia menerima tempahan berdasarkan saiz dan ukuran dari anda
Silk & Satin
Pelbagai pakaian bercorak batik untuk wanita dan juga lelaki dengan pelbagai corak dan saiz. Kain adalah bermutu tinggi dimana ia senang digosok dan tahan kedutan. Kain adalah dari buatan kilang Noor Arfa batik, dari Terengganu yang sudah diketahui umum mempunyai corak yang cantik dan unik serta material yang berkualiti. Kami sedia menerima tempahan kain (siap dijahit /belum dijahit bagi lelaki) dan kain sepasang belum dijahit bagi wanita. Kami juga menerima tempahan pakaian batik secara berkumpulan dengan harga yang sangat berpatutan .
Thursday, May 07, 2009
SUDAH SEKIAN LAMA....
sudah sekian lama daku tidak menohtahkan sedikit kata-kata dilaman ini...
banyak peristiwa telah ku alami dari kalam ku dahulu sehingga sekarang.. dengan diriku telah
membina gerbang rumah tangga dengan permaisuri hatiku
NURHIDAYAH MAMAT...
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
DIA SUNGGUH INDAH DIHATIKU..
dia adalah kurniaan Ilahai pada ku menjadi bidadari hatiku dikala ku susah...dikalaku lemah..dikalaku memerlukan bantuan..
dialah penawar segala duka, luka dan racun yang hadir...Ku doakan moga kita bahagia sehingga ke Akhirat...dan moga kita kekal terus dalam mengamalkan ISLAM yang sebenarnya..dan terus kekal dalam perjuangan yang kita tetapkan diri...dan menjadi seri dalam shiratulmustaqim...
dikala ku bahagia bersama genap 11bulan ku bersama..detik gembira bertambah dalam hidupku...ku di anugerahkan cahaya mata tepat di detik 6.54am pada 19 April 2009....HUSNA AISYAH..penambah seri didalam hidup kami berdua...
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
seri nan indah...itu yang dapat ku katakan..MY PRECIOUS....
bermulalah hidupku..dan ku doakan moga kami terus kekal dengan nikma IMAN DAN ISLAM dihati...dan terus kekal dalam perjuangan yang takkan berakhiran...:-)
Friday, August 03, 2007
SudahLama....
kini daku sudah tamat pengajian...dan akan ku sambung lagi...
target ku di canada..betulkah ini..mungkin adalah mimpi,tapi itulah keyataan...
tapi perjuangan aku disini masih belums selesai untuk aku tinggalkan..peperangan sedah makin hampir..sempatkah aku untuk bersama..kita tengok macammana..perancangan ALLAH adalah segalanya..
jika tak dapat ku rasai, ku serah pada teman ku dan juga pada teman teristimewa ku..ku harap dia dapt meneruskan peluh ku yang telah terhasil ini...sayang ku untuk melepaskannya, tapi semuanya adalah untuk seketika sahaja, jika ku dah pulang ke tanah air, akan ku berjuang habis-habisan..dan moga ku kekal dalam perjuangan ini...
dan juga agak ku sedih untuk meninggalkan orang yang tersayang ku dan juga yang bakal menjadi orang yang tersayang ku...pengharapan ku pada dia, moga dia dapat menjadi perangsang untuk ku terus meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini...
dan sebenarnya aku agak beruntung kerana dapat dan insyAllah memilikinya...walaupun msa sekarang menjanjikan keduniaan sebagai ukuran, tetapi aku menjadikan Al-Quran dan Hadish sebagai pengukur dalam memilih teman hidup ku...memang dialah pilihan ynag tepat bagi ku..dan dialah yang bakal menjaga zuriatku dan dialah yang akan membantuku dalam segala hal..memang besar harapan ku kepadanya...aku harap bukan kekecewaan yang akan ku miliki dan ku berdoa pada ILAHI moga terus kekal ku dengannya untuk selamanya...
Dan ku tujukan satu doa yang selalu diungkapakn oleh seorang abib kepada ILAHI dalam mencari teman...
DOA SEORANG KEKASIH...
(semua orangmesti ada doa inikan..hayati)
perjuangan masih belum selesai...handaklah kita terus memperjuangan segalanya sehingga ke hayat kita yang terakhir...yang kita abaikan amanah ini.. kitalah Khalifah di muka bumi ini...jadilah kita seorang abib yang taat pada perintahNYA.
salam pertemuan dan perjuangan...
MUSLIMMAN...
Sunday, April 22, 2007
doa buat umi & baba
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya
Allah.
Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon
pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.
Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.
Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu
dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika
aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya
Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "ah!!"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku
berjaya
kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan
aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika
melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan
kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk
pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam
kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya
Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak
mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak
yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya
Tuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang
soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku
ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke
nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin..... ....
TASAWWUF DAN UMMAH
warkah buat muslimah...mengejar muslimah solehah...
Monday, January 22, 2007
perubahan dalam pembeharuan...
namun pegertian setiap yang datang iru penuh intisari yang perlu didalami dan dicungkil untuk mendapat isinya...
Sajak...~buat Muhasabah DIRI~
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah Ad-Deen ini?.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.
Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan
dirimu??
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyumu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu?
Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu dan tenang,
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini
Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat,
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan
tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esakkan airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli
kebesaran-Nya
Di situ ada bekalnya?.
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.
Diriku,
Pada tawadhu,pada ukhwah fillah, pada infaq fi
sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Adalah ketenangan dan kekuatanmu.
Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati?.
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan
Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang
mati?.
Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu?.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan kudrat dan iradat-Nya?.
PACAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN
Friday, November 24, 2006
saudara...
Apabila engkau mnjadi pemimpin jdlah pmmpn yg seadil-adilnya wlupun itu sngat mnykitkan bgmu.
Apabila engkau mnjadi seorang kaya raya jdkanlah hrtmu sbgai amanah dr Allah Subhana wa Ta'ala.
Apabila engkau mnjadi seorang pedagang atau pengusaha berlaku jujurlah trhdp org lain dn dirimu.
Apabila kumandang adzan tlh dikmndngkan bergegaslah utk mnymbut panggilanNya
Apabila engkau mengetahui kbnaran, mk smpiknlah kbnran itu pd sdra-sdramu yg lain.
Apabila engkau mrsa brslah atau berdosa, mk brtobatlah dngn istiqomah. Krna ampunan Allah Subhana wa Ta'ala lebih besar.
Jadikanlah hati ini menjadi bersih. Jngn sampai hati ini terkena oleh penyakit hati.
Saudaraku
Berpegang teguhlah Al-Quran dan Sunnah Rasul. Niscaya kita tidak akan tersesat di dlm menjalani idup ini
Saudarku
Ingatlah, kita skrang sedang berperang Akidah
tujuan mrk utk mendangkalkan akidah kt. Ingatlah Lakum dinukum wa liya din. Berht-htlah dlm berucap, bertngkh, berpakaian, berpikir, berusaha